Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 22, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Disember 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Disember 2022.
1. Banjir Pantai Timur: Bantuan wang tunai RM5.3 juta, bekalan asas disalurkan
Kira-kira 100 sukarelawan Skuad Musa’adah Agensi Hal Ehwal Islam digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara termasuk di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
2. Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat ditemui di Sektor C
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketujuh kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm menemui empat lagi mayat pagi ini.
3. PNB umum pengagihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus 0.50 sen
PNB menerusi anak syarikatnya ASNB mengumumkan pembayaran agihan pendapatan 5.10 sen seunit untuk dana utamanya ASB, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
4. Banjir: Tiada keperluan isytihar darurat iklim ketika ini - Saifuddin
Beliau berkata untuk mengisytiharkan darurat iklim, beberapa proses dan penilaian tertentu perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab bagi keputusan dibuat apabila tiba masanya.
5. Tanah runtuh Batang Kali: Walaupun baru keluar hospital, Norazam komited ke lokasi
Norazam ketika ditemui memaklumkan, beliau berada dalam keadaan baik dan dibenarkan pulang hari ini.
6. Banjir: Kerajaan cadang bina PPS bersifat kekal - TPM
Kerajaan bercadang untuk membina pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang bersifat kekal sebagai persediaan untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir di kawasan ‘hotspot’ dan kerap berlaku bencana tersebut.
7. Bicara kes saman fitnah SM Faisal terhadap aktivis Mona Din bermula 14 Ogos 2023
Saman itu membabitkan beberapa hantaran berbaur fitnah oleh Mona atau nama sebenarnya Che Muna Din, 56, di akaun Facebook miliknya berhubung isu pemenjaraan bekas isteri SM Faisal, Emilia Hanafi.
8. Tanah runtuh Batang Kali: Jumlah sebenar mangsa kejadian 92 orang, bukan 94 - Polis
Jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini pada Jumaat lalu adalah 92 orang dan bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.
9. Sekretariat tetap tangani isu kos sara hidup ditubuhkan
Satu sekretariat tetap yang diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Kementerian Ekonomi, akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan kos sara hidup rakyat.
10. Hentikan anjurkan majlis besar-besaran untuk elak pembaziran - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua kementerian dan agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran untuk mengelak pembaziran perbelanjaan kerajaan.
#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #berita dalam negara
;