Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 10, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Disember 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Disember 2022.
1. Pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 ditangguh seminggu - KPM
KPM berkata, ini bagi memastikan pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.
2. Semua ahli, ADUN Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, akan tubuh parti tempatan baharu
Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.
3. Budaya tukar penjawat awam oleh menteri baharu harus dihindar - Penganalisis politik
Ia hanya akan mewujudkan kekeliruan malah merosakkan segala perancangan dan mensia-siakan penat lelah penjawat awam yang bekerja di sebaliknya.
4. Hamzah dinamakan Ketua Pembangkang, Muhyiddin Ketua Ahli Parlimen PN - Takiyuddin
Mesyuarat Pimpinan Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju untuk menamakan Setiausaha Agung PN, yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
5. Kabinet Kerajaan Perpaduan: 27 Timbalan Menteri selesai angkat sumpah jawatan
27 Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.
6. Piala Dunia Qatar: Mesut Ozil sedih Cristiano Ronaldo kurang dihargai
Ozil menyifatkan Cristiano Ronaldo sebagai "salah seorang atlet terhebat dalam sejarah sukan" dan sukar mempercayai bahawa bekas rakan sepasukannya di Real Madrid itu kurang dihormati di penghujung kerjayanya.
7. Wan Junaidi tamatkan zaman duda, bersanding malam ini
Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan bakal mengadakan satu majlis persandingan susulan pernikahan beliau baru-baru ini.
8. Pecat keahlian ibarat 'gali kubur' terus - Annuar Musa
Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tindakan pemecatan keahliannya pada Khamis sebagai 'menggali kubur'nya dalam parti itu.
9. Kerajaan mulakan siasatan ketirisan data peribadi 5 juta penumpang AirAsia - Fahmi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) memulakan siasatan berhubung insiden ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia.
10. Hajiji dan kepimpinan Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, akan tubuh parti tempatan baharu
Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #berita dalam negara #Berita AWANI
;