Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 3, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Disember 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Disember 2022.
1. 'Kleptokrat' diangkat, Kabinet Anwar paling mengecewakan dalam sejarah - Muhyiddin
Barisan Kabinet yang diumumkan Anwar pada Jumaat disifatkan sebagai "paling mengecewakan" dalam sejarah negara.
2. Bersih kesal Anwar jawat Menteri Kewangan, Zahid dilantik TPM
Jelas Jawatankuasa Pemandu Bersih, pelantikan itu akan melemahkan semak dan imbang yang diperlukan bagi menjamin negara tidak kembali kepada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.
3. PRU15: Proses undi awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi
Proses pengundian awal bagi PRU15 Parlimen Padang Serai di Kedah dan DUN Tioman di Pahang bermula secara rasmi pada 8 pagi ini, melibatkan sejumlah 319 pengundi awal.
4. Anwar tidak mahu ada kartel 'parti dalam parti' seperti dulu - Fahmi Fadzil jawab Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah menfitnah dan melontar tuduhan keterlaluan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Kerajaan Perpaduan yang dibentuk atas nasihat Yang di-Pertuan Agong, kata Fahmi Fadzil.
5. Kabinet Perpaduan: Saya sedia beri tunjuk ajar pada Saifuddin Nasution - Hamzah
Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau tiada keberatan untuk memberi tunjuk ajar kepada penggantinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
6. "Nad Zainal kembali bergantung pada alat bantuan pernafasan, oksigen merosot" - Ungku Ismail
Pelakon, Ungku Ismail memaklumkan Nad Zainal terpaksa bergantung semula kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
7. Kabinet Kerajaan Perpaduan: Dua TPM, 25 ahli Kabinet angkat sumpah jawatan Menteri
Dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini.
8. "Anwar minta saya sertai Kabinet tetapi..." - Gobind Singh
Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo tampil mengulas persoalan mengapa beliau tidak menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Dilantik TPM: 'Ini bukan kemenangan tetapi permulaan cabaran' - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan bukanlah kemenangan sebuah perjuangan.
10. Kes Zahid terpulang kepada mahkamah, DAP komited jayakan agenda negara - Anthony Loke
DAP hanya akan menumpukan agenda kepada pembangunan dan pengurusan negara, terutamanya melalui penyertaan empat pemimpinnya dalam Jemaah Kabinet, kata Setiausaha Agung parti, Anthony Loke Siew Fook.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Astro Awani