Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 29, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 November 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 November 2022.
1. PM seru kakitangan awam bawa perubahan pada negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh kakitangan kerajaan agar bersama-sama membawa negara ke arah pemulihan.
2. Tiada lagi projek kerajaan tanpa tender - PM
Tiada lagi kelulusan projek tanpa melibatkan saluran tender yang sepatutnya. Itu jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kerajaan perpaduan di bawah pimpinannya.
3. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 bersidang secara rasmi pada Selasa
Raja-Raja Melayu berangkat tiba bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang dijadual pada jam 10 pagi ini di Istana Negara.
4. Tuduh PM Anwar ejen Israel: Polis buka kertas siasatan ke atas Ustaz Hassan Saad
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Ahli Parlimen Baling Ustaz Hassan Saad, susulan laporan yang mendakwa beliau mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.
5. Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha meninggal dunia
Legenda penyerang bola sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapha meninggal dunia pada jam 10.26 malam, pada Selasa di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
6. DAP ambil pendekatan bersabar dakwaan Islamofobia - Anthony Loke
DAP mengambil pendekatan bersabar dan akan membuat penjelasan berhubung kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa parti itu cuba menyebar dan mempromosikan Islamofobia.
7. Hanya PN layak bicara soal prinsip - Wan Saiful
Rakyat sudah nampak bahawa Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah rosak dan hilang hala tuju selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU), dakwa Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.
8. Penceramah bebas didakwa sembilan pertuduhan rogol, amang seksual
Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari lepas.
9. Telur ada tidak disorok, henti buat pembelian panik - KPDNHEP
Pembelian panik dalam kalangan pengguna terhadap telur papan dikenal pasti antara punca kekurangan bekalan mentah itu di ibu negara.
10. Tuduhan ejen Israel: PM Anwar tuntut Ahli Parlimen Baling mohon maaf
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis tuntutan terhadap Hassan Saad, menuntut Ahli Parlimen Baling itu supaya membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung hantaran audio berbaur fitnah yang mengaitkannya sebagai ejen Israel.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #berita dalam negara #Berita AWANI