Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 26, 2022 23:59 MYT
November 26, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 November 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 November 2022.
Kerajaan Sabah menyerahkan kepada pucuk pimpinan Persekutuan bagi menentukan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Sabah atau sebaliknya.
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Mohd Fadzli Mohd Ramly, bersedia memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Johari Hussain jika diarahkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
Pas membuat keputusan hari ini tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan, demi menghormati kepercayaan dan mandat yang diamanahkan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.
Kira-kira 100 bas yang dianggarkan membawa 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari seluruh daerah berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Selangor, malam ini.
Pakatan Harapan (PH) Johor memohon budi bicara kerajaan negeri untuk membenarkan wakil rakyat daripada parti itu, terlibat sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).
Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah satu ‘Kerajaan Perpaduan’, tetapi ia lebih tepat ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan Pakatan Harapan,’ kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dominic Lau Hoe Chai.
Perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air tetap diteruskan walaupun perjuangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Gerakan Tanah Air (GTA) ditolak majoriti rakyat.
Cuepacs menyeru agar kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengekalkan semua inisiatif untuk penjawat awam yang telah diumumkan kerajaan terdahulu.
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk dinobat sebagai juara Piala Malaysia apabila mengatasi Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong masing-masing menafikan terdapat pertemuan tertutup melibatkan pemimpin BN dan Pas di sebuah kelab golf di Petaling Jaya, pada Jumaat.