Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 24, 2022 15:59 MYT
November 24, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 November 2022.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut memohon maaf kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menzahirkan pendirian parti berkenaan bahawa pembentukan kerajaan persekutuan perlu dilaksanakan dengan segera.
Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.
Datuk Johari Abdul menyifatkan kenyataan MKT UMNO malam tadi yang sebulat suara memutuskan untuk menyokong kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional (PN), adalah satu mesej jelas.
Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Pengarah filem Prof Azhari Zain menghembuskan nafas terakhir pukul 12.05 tengah malam semalam selepas sembilan bulan terlantar akibat serangan angin ahmar.
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.06 petang, di Kuala Lumpur hari ini.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan jumlah SD (Akuan Berkanun) yang diperoleh daripada Ahli-Ahli Parlimen sebagai bukti beliau mempunyai angka yang mencukupi bagi membentuk kerajaan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada paras tertinggi tiga bulan dengan indeks utama meningkat sebanyak 4.04 peratus berikutan sentimen pasaran menaik berikutan situasi politik tempatan mereda serta perkembangan luaran yang positif yang mendorong minat risiko pelabur.