Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 18, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 November 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 November 2022.
1. PRU15: Perangi rasuah menerusi kertas undi, nilai watak, pendirian calon - Khutbah Jumaat
Azam memerangi rasuah boleh dibuktikan menerusi kertas undi, dengan menolak serta tidak memberi undi kepada calon-calon yang memiliki imej rasuah atau terpalit dengan lumpur rasuah.
2. Jangan nilai pada paras rupa - Jo-Anna Rampas bukan sekadar Unduk Ngadau, tapi Huminodun
Bukan sekadar Unduk Ngadau, Jo-Anna Sue Henley Rampas membawa sekali semangat legenda ‘Huminodun’ sebagai perisai untuk beliau berdepan saingan di kerusi Parlimen Tuaran.
3. Tuan Ibrahim saman Rafizi isu projek tebatan banjir Sungai Langat 2
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
4. Seorang maut, nahas tujuh kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan
Seorang lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan tujuh kenderaan di kilometer 381.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi ini.
5. PRU15: Kenyataan Rafizi berbaur ugutan terhadap Azam Baki, ini sikap sebenar mereka - PM
Kenyataan berbaur ugutan Rafizi Ramli terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai sifat dendam.
6. Video tular minum ketum: Calon PRU15 BN dakwa fitnah dan serangan peribadi
"Itu hanyalah serangan peribadi yang ingin menjatuhkan saya di saat-saat akhir berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)".
7. Notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sarawak
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah setakat 4 petang ini.
8. Polis terima laporan kes tular lelaki dera isteri di Kajang
Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung perbuatan seorang lelaki dipercayai suami tular di media sosial apabila mendera seorang wanita di sebuah rumah di sekitar Kajang, baru-baru ini.
9. Pertarungan sengit BN dan PN di kawasan majoriti Melayu - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan Ilham Centre mendapati, BN masih menjadi pilihan pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar.
10. PRU15: Tidak perlu bimbang keluar mengundi - Ketua Polis Negara
Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #berita dalam negara
;