Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 15, 2022 23:59 MYT
November 15, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 November 2022.
Mereka yang positif perlu memaklumkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan mengenai status kesihatan sebelum hadir ke pusat mengundi.
Kerajaan Sarawak mengumumkan cuti khas pada 18 November ini sempena berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berpuas hati dengan tahap kelancaran proses undian awal membabitkan anggota tentera dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan beliau akan segera dibebaskan jika Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui membeli dua buah bot seperti yang didedahkan sehingga tular di media sosial baru-baru ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya parti pimpinannya itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Jumlah mangsa banjir di Johor, Selangor dan Melaka menunjukkan peningkatan manakala di Kelantan dan Perak merekodkan penurunan pada petang ini, berbanding pagi tadi.
Seramai 13 murid bersama seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Taman Berlian, di sini dikejarkan ke Hospital Kulim selepas terkena tumpahan merkuri yang pecah di makmal sekolah berkenaan, hari ini.
Prevalen diabetes di negara ini menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan selain beban kos rawatan penyakit itu yang dijangka terus melonjak.
Sejumlah 94.72 peratus atau 212,961 pengundi melibatkan anggota keselamatan dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15, dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, di Sabah hari ini.