Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 13, 2022 23:59 MYT
November 13, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 November 2022.
Itu antara 14 ketetapan di dalam Deklarasi Kuala Lumpur oleh Muzakarah Cendekiawan, Pemuka Melayu dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang bersidang pada Sabtu.
Mechamato The Animated Series adalah satu-satunya siri dari Malaysia yang berjaya menembusi carta TOP 10 undian siri TV popular di Jepun.
Rasa kecewa yang disuarakan itu berkaitan dengan tawaran lanjutan kontrak sebagai pengendali skuad Penyu musim depan yang disifatkan sebagai tidak profesional.
Premier Sarawak ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tawarannya untuk menyelesaikan isu hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Kementerian Pengangkutan diarah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat secara menyeluruh punca kerosakan berikutan gangguan perkhidmatan hingga menyebabkan stesen transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ditutup.
Empat sekeluarga maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Tiga, Jalan Kolam, Machap di Machap pagi tadi.
Calon Barisan Nasional bagi P107 Sungai Buloh Khairy Jamaluddin menegaskan manifesto yang beliau bentangkan – #KataJanjiSungaiBuloh – akan menyentuh kesemua lapisan masyarakat di kawasan itu.
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akan mula beroperasi sepenuhnya bermula jam 6 pagi esok.
Sebanyak enam negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Kelantan dilaporkan terkesan dengan bencana banjir sehingga 12 tengah hari tadi.
Tiga individu maut dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Bunga Tongkeng, malam ini.