Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 12, 2022 23:59 MYT
November 12, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 November 2022.
Ikrar itu telah dikeluarkan daripada manifesto yang akan diterbitkan sepenuhnya tidak lama lagi.
Poster yang terpampang sosok Pengerusi PH merangkap Presiden PKR itu disifatkan begitu unik dan besar.
Beliau adalah antara figura politik utama yang menolak cadangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada musim tengkujuh.
GTA mempunyai pilihan lain sekiranya hendak menjalinkan kerjasama iaitu dengan parti-parti lain di Sabah dan Sarawak serta wakil rakyat Bebas.
Jenazah ulama terkenal Kedah, Allahyarham Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau ‘Pak Su Mid Kuala Pai’, 96 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam pada jam 12 tengah hari.
Pemain snuker negara Lim Kok Leong berjaya mencipta sejarah selepas muncul sebagai pemain Malaysia pertama merangkul gelaran Kejohanan Snuker Dunia 2022 yang berlangsung di Antalya, Turki.
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk bukti mengenai dakwaannya berhubung isu pengundian awal membabitkan anggota tentera di Bera.
Penduduk di Mengabang Telipot merayu agar pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah hakisan pantai yang semakin memburuk sejak bertahun lalu.
MetMalaysia ramalkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berlaku di kebanyakan tempat di pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah bermula 13 hingga 19 November.
10. Didakwa lulus projek selepas Parlimen bubar, Tuan Ibrahim akan fail saman fitnah terhadap Rafizi
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung dakwaan kelulusan projek tebatan banjir dilakukan selepas pembubaran Parlimen.