Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 11, 2022 15:59 MYT
November 11, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 November 2022.
Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 9.3 peratus pada tiga suku pertama tahun ini.
Sebanyak enam bas disediakan bagi tujuan tersebut bermula Jumaat.
Perlis sudah tidak boleh dianggap sebagai kubu kuat atau safety box UMNO selepas pergolakan dalaman susulan tindakan Barisan Nasional menggugurkan dua figura politik utama daripada bertanding.
Calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh itu berkata ia adalah selaras dengan amalan parti iaitu pengisytiharan harta akan dilaksanakan selepas kerajaan dibentuk.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan, tidak salah ahli politik sepertinya bercita-cita menjadi perdana menteri suatu hari nanti.
Hasil siasatan pihak polis mengesahkan kematian pelakon sambilan Syazlin Zainal, 26, adalah kerana jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.
Pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong dan pemain perseorangan wanita negara S. Kisona sedang giat melakukan persiapan terakhir menjelang Terbuka Australia 2022 di Sydney bermula Selasa depan.
Gerak kerja Barisan Nasional (BN) dilihat semakin diterima dalam kalangan masyarakat Cina di seluruh negara sekali gus menunjukkan petanda positif menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional untuk P107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin memberi jaminan kepada penduduk di kawasan itu bahawa beliau bukan seorang ‘yes man’, atau hanya menjadi ‘pak turut’ dalam UMNO.