Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 3, 2022 23:59 MYT
November 3, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 November 2022.
Gambarkan situasi ini, anda menerima panggilan telefon daripada individu, kononnya dari parti politik tertentu dan ingin melakukan tinjauan (survey) bagi melihat kecenderungan pengundi untuk mengundi calon atau parti yang bertanding.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) menamakan beberapa muka baharu dalam saingan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), yang diumum Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Khamis.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan wujudnya surat aku janji sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri.
Barisan Nasional tidak menolak kemungkinan berdepan dengan undi protes di sebahagian kawasan yang ditandingi berikutan beberapa nama besar yang digugurkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa, Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah memperoleh representasi antaranya mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dikemukakan oleh penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti lawan kini takut dengan bayang-bayang sendiri tidak habis-habis menabur fitnah dan tipu daya sebagai bahan 'kempen'.
Calon baharu Barisan Nasional (BN) di Parlimen Arau Datuk Rozabil Abd Rahman menganggap penyandang kerusi itu, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai guru yang banyak berjasa kepadanya, dan tidak pernah tersisip niat untuk beliau mencabar, apatah lagi untuk menderhaka terhadap gurunya itu.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengakui mencadangkan agar Penyandang Parlimen Sungai Buloh, R.Sivarasa dikekalkan sebagai calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) di kerusi itu selepas meneliti maklum balas daripada akar umbi dan pihak terlibat.
Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sah bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) selepas namanya diumumkan oleh Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli.
Astro AWANI mengungguli Anugerah Digital Media Asia (DMA) 2022 selepas memenangi empat anugerah yang dipertandingkan.