Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 1, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 November 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 November 2022.
1. PRU15: Musa Aman bertanding di Parlimen Libaran?
Sumber mendedahkan kepada Astro AWANI bahawa, Musa akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).
2. PRU15: "Banyak daerah termiskin, kalau saya jadi Ketua Menteri, malu muka saya" - Anwar
Mengambil contoh di negeri Sabah, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar kemiskinan di negeri berkenaan perlu diselesaikan segera.
3. PRU15: KTMB sedia tren khas, ETS tambahan
Sebanyak 716 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan tren khas dan 2,520 tiket bagi perkhidmatan tren ETS.
4. PRU15: 12 negeri diramal ribut petir hari penamaan calon
MetMalaysia meramalkan ribut petir di semua kawasan Parlimen 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada sebelah petang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
5. Calon PRU15: Ong Tee Keat kembali, tanding kerusi Pandan
Lima tahun menghilang, bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat, kembali ke gelanggang politik dan bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi kerusi Pandan.
6. Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Shafee
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta.
7. Orang awam diarah jauhi lokasi penemuan 33 tong cecair kimia di Gopeng - Polis
Polis mengingatkan orang awam supaya tidak mendekati kawasan lapang berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng yang menjadi lokasi pembuangan 33 tong cecair kimia secara haram, semalam.
8. PRU15: Ahmad Zahid nafi dakwaan calon pilihan raya tanda tangan surat sokongan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), diminta untuk menandatangani surat menyokong beliau.
9. Keluarga Jamaludin setuju bincang tuntutan harta RM1 bilion
Balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail, empat anak dan ibu mentuanya bersetuju untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan kes tuntutan harta sepencarian berjumlah RM1 bilion di Mahkamah Tinggi Syariah, pada Selasa.
10. [LAPOR LANGSUNG] PRU15: Senarai calon-calon Parlimen BN dan PN
Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mengumumkan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15.
#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #Astro Awani
;