Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 31, 2022 15:59 MYT
Oktober 31, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Oktober 2022.
Mereka meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg.
Skuad Harimau Malaya akan berdepan perlawanan persahabatan dengan Kemboja dan Maldives sebagai aksi pemanas badan menjelang Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mewakili gabungan masing-masing pada Selasa.
Tan Sri Tony Francis Fernandes meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini.
Polis Pulau Pinang menahan 11 individu termasuk seorang bekas ahli politik kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan orang yang berselindung di sebalik pusat pemulihan alkohol dan dadah di negeri itu pada Khamis lepas.
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pihak pembelaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) tidak boleh mengambil bahagian secara berkesan dalam prosiding mencabar kredibiliti saksi pembelaan ketiga melainkan pihak pendakwaan mengubah status kenyataan yang menimbulkan perbalahan itu.
Seorang lelaki yang baru mendirikan rumah tangga awal tahun ini terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat minyak dan gas selepas disahkan menderita kanser tulang pada bahu kanannya.
Polis telah menahan individu yang memijak hiasan kolam Deepavali dan perakam video berkenaan selepas kedua-dua mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di sini, pada Ahad.
Perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya Emilia Hanafi, yang dijadualkan hari ini di Mahkamah Majistret di sini ditangguhkan ke 25 Nov.
Dalam kehangatan jentera pilihan raya semua parti membuat persiapan akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Arau ditutup, pada Isnin malam.