Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 30, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Oktober 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Oktober 2022.
1. PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
"Saya akan jumpa dia, kalau saya dapat jumpa dia". Itu reaksi Pengerusi GTA Tun Dr Mahathir Mohamad ditanya berkenaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dinamakan sebagai calon Parlimen Rembau.
2. PRU15: Jangan ugut parti jika tidak dicalonkan - Ahmad Faizal
Ahli parti tidak sepatutnya membuat ugutan sekiranya mereka tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU15 akan datang. sebaliknya, mereka perlu akur dengan apa juga keputusan yang dibuat parti.
3. PRU15: 57 peratus rakyat mahu kos sara hidup jadi keutamaan pemimpin - O2 Research
Kaji selidik yang dijalankan O2 Research Malaysia mendapati 57 peratus responden menganggap kos sara hidup dan harga barang merupakan isu yang paling penting untuk diselesaikan oleh pemimpin negara.
4. "Saya bukan pengkhianat" - Muhyiddin jawab dakwaan tikam Tun M dari belakang
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan, peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari 2020 adalah atas kerelaan sendiri.
5. Anggota bomba ditahan bersama 850 kg daun ketum
Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusia 30 tahun ditahan bersama 850 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM8,500 dalam kejadian di Kampung Rabbana, di sini, pada Khamis lalu.
6. Polis kemuka hasil siasatan Tommy Thomas yang dikemas kini kepada AGC
Polis akan mengemukakan hasil siasatan yang telah dikemas kini membabitkan Tan Sri Tommy Thomas kepada Pejabat Peguam Negara selepas ia selesai.
7. PRU15: Mohd Rafiq umum keluar Bersatu, lepas jawatan Naib Presiden
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan keluar parti sekali gus melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.
8. GTA-Pejuang tidak rasis, tidak bermusuh dengan bukan Melayu - Tun Mahathir
Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan meskipun GTA-Pejuang gerakan orang Melayu namun ia tidak rasis dan bermusuh dengan bukan Melayu.
9. PRU15: PBM umum bertanding solo, tak boleh penuhi syarat BN - Zuraida
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ujar Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin.
10. PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
#berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #berita tempatan
;