Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 11, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Oktober 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Oktober 2022.
1. Fenomena air pasang besar landa Kuala Kedah, air laut cecah 2.92m
Fenomena air pasang besar sekali lagi melanda Kuala Kedah sehingga air laut mencecah setinggi 2.92 meter, awal pagi Selasa.
2. Tamak kuasa untuk yang enggan bubar DUN - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan dakwaan pihak pembangkang yang menyatakan Barisan Nasional (BN) tamak kuasa apabila meminta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.
3. Menjelang PRU15, ini beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu
Pembubaran Parlimen pada Isnin membuka ruang kepada pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam usaha mengembalikan semula mandat kepada rakyat memilih pemimpin yang diyakini mereka.
4, Bubar Parlimen: PM dedah inilah punca kenapa Agong kecewa
Keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 Menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
5. Zeti akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan 1MDB Najib
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak.
6. Tiada layanan istimewa untuk Najib di Penjara Kajang
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diberi layanan istimewa di Penjara Kajang.
7. PRU15: Tun M umum pertahan kerusi Parlimen Langkawi
Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, beliau sedia mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
8. WhatsApp akan benarkan seramai 1,024 dalam 'group chat'
WhatsApp bakal meningkatkan had jumlah ahli mesej berkumpulan (group chat) kepada seramai 1,024 berbanding had seramai 512 ahli ketika ini.
9. 'Sangat tidak bertanggungjawab menyalahkan saya' - Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai tidak bertanggungjawab kerana meletakkan kesalahan dan menuding jari kepada beliau dan ahli-ahli Kabinet di atas ketidakharmonian politik dalam kerajaan.
10. Mesyuarat tentukan tarikh PRU15, PRK Bugaya 20 Okt - SPR
Mesyuarat khas untuk membincang dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah akan diadakan pada 20 Okt ini.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #berita dalam negara
;