Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 10, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Oktober 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Oktober 2022.
1. Rais dah keluar parti, ahli Bersatu lain bila nak keluar? - Zahid Hamidi
Presiden UMNO itu berkata, sekiranya Bersatu tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak, adalah sudah terlambat untuk berbuat demikian.
2. Kebocoran gas di restoran makanan segera, 3 termasuk pegawai KKM pengsan
Pihak bomba sedang mengawal keadaan dengan tidak membenarkan orang ramai memasuki restoran berkenaan.
3. 43 rumah hangus, 200 penduduk di Kudat hilang tempat tinggal
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
4. Khairy terbuka bertanding mana-mana kerusi Parlimen, serah kepada pucuk pimpinan UMNO
Beliau berkata ramai pemimpin tempatan yang menawarkan kerusi Parlimen kepadanya, namun semua itu diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk menentukan kedudukannya.
5. Polis tahan suspek bunuh wanita warga emas di Taman Paroi Jaya
Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya dekat sini, pada 23 Sept lepas.
6. Kuala Lumpur dibanjiri konsert artis Indonesia, penyanyi tempatan sekadar penonton?
Selepas lebih dua tahun menyepi berikutan penularan pandemik COVID-19, industri hiburan tanah air kembali rancak dengan pelbagai pengisian acara.
7. PM Ismail Sabri umum Parlimen dibubar, beri laluan kepada PRU15
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.
8. Agong kecewa dengan politik semasa, perkenan bubar Parlimen untuk kerajaan lebih stabil
Biar pun kecewa, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiada pilihan lain selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.
9. Lebih 94,000 anggota polis digerak bagi penugasan PRU15 - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 94,411 daripada 120,557 anggota pasukan itu bagi penugasan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
10. Menteri Kabinet masih berfungsi seperti biasa dalam kerajaan "caretaker" - KSN
Kabinet yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau "caretaker" dengan Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan hari ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #berita dalam negara
;