Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 8, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Oktober 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Oktober 2022.
1. VSN2030 perancangan baharu pembangunan sukan negara
Visi Sukan Negara 2030 akan menjadi hala tuju dan perancangan baharu pembangunan sukan negara yang dipetakan secara komprehensif, bersepadu dan kolektif bagi tempoh 10 tahun.
2. Perdana Menteri dahului senarai penerima anugerah kebesaran Sarawak
Ismail Sabri dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran "Datuk Patinggi".
3. Zuraida Presiden baharu PBM
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin kini menerajui Parti Bangsa Malaysia setelah dilantik sebagai presiden baharu parti itu menggantikan Datuk Larry Sng Wei Shein.
4. Tiga negeri bawah Pas tidak akan bubar DUN dalam masa terdekat - Abdul Hadi
Pas memutuskan tiga negeri yang dikuasainya, Kelantan, Kedah dan Terengganu, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.
5. Konsert secara terbuka tidak dibenarkan di Kedah - Exco
Kerajaan negeri telah membuat ketetapan bahawa semua konsert secara terbuka tidak akan dibenarkan di Kedah.
6. "Saya sudah bersumpah, tak nak masuk neraka" - Ahmad Faizal
Apa sahaja yang dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet tidak boleh didedahkan kepada masyarakat, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
7. Tolak PRU15 tahun ini bukan sebab takut hilang jawatan - Saifuddin
Tuduhan kononnya barisan menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu (Bersatu) dan Pas menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini kerana tidak mahu kehilangan jawatan, adalah tidak benar.
8. KDNK Malaysia pada suku kedua 2022 antara terbaik di Asia Tenggara - Perdana Menteri
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini merupakan pencapaian terbaik berbanding negara lain di Asia Tenggara.
9. Ronnie Liu akan keluar DAP
Veteran DAP, Ronnie Liu akan bertindak keluar daripada parti dalam masa terdekat.
10. Permohonan pekerja asing: KSM larang campur tangan pihak ketiga
Kementerian Sumber Manusia (KSM) melarang sebarang campur tangan pihak ketiga untuk menyelesaikan masalah berkaitan permohonan pekerja warga asing yang dihadapi majikan.
#berita utama #berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI
;