Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 3, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Oktober 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Oktober 2022.
1. Bubar Parlimen: Istana Negara nafi Perdana Menteri menghadap Agong hari ini
Istana Negara menafikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
2. Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Al-Sultan Abdullah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas.
3. PRU15: Pas bertemu pimpinan tertinggi UMNO dalam masa terdekat
Pas akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin tertinggi UMNO dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.
4. Nak gantung, gantung sampai mati - Tajuddin
Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menganggap tindakan UMNO yang menggantung keahlian beliau, bukanlah satu masalah yang besar.
5. Jangan bimbang amaran cuaca buruk dari AS - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia menasihati orang awam agar tidak terlalu bimbang dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan di laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat kepada rakyat mereka di negara ini.
6. PRU15: Tiada jangkaan banjir besar pada Oktober, awal November - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan tiada banjir besar berlaku dari sekarang sehingga awal November kerana negara belum memasuki Monsun Timur Laut.
7. Ejen kosmetik mangsa culik selamat kembali ke rumah
Rosnazirah Mohd Naim, 36 tahun, diiringi pulang oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ke kediaman keluarga di Kota Bharu sekitar jam 2.50 petang.
8. Honda Civic didaftar atas nama Shahrir Samad pada 2013 - Pegawai JPJ
eorang Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa sebuah kereta jenis Honda Civic Hybrid bernilai RM118,485 didaftarkan atas nama bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad pada 31 Dis 2013.
9. Jabatan Penjara tolak permohonan Najib hadir sidang Parlimen
Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, selepas prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Isnin.
10. Ekonomi Malaysia bukan dalam krisis - Gabenor BNM
Ekonomi Malaysia tidak berada dalam krisis dan trajektori pertumbuhannya kekal positif, tetapi perlu melakukan pembaharuan untuk menjadikan negara yang ekonominya berasaskan inovasi, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
#berita utama #berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI