Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 27, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 September 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 September 2022.
1. Pekerja pembinaan maut tertimbus runtuhan konkrit
Mangsa, seorang lelaki warga Bangladesh, hanya berjaya dikeluarkan daripada timbunan konkrit pada jam 7.21 pagi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
2. Malaysia rangkul dua anugerah dalam sains, teknologi nuklear
Malaysia merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Pencapaian Perjanjian Kerjasama Serantau (RCA) dalam bidang sains dan teknologi nuklear di Vienna, Austria pada Isnin.
3. Muhyiddin bertemu Hadi, hubungan Pas dan Bersatu kembali jernih?
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan telah mengadakan pertemuan bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pada Isnin.
4. "Sampai kiamat pun Guan Eng tak akan kata saya menteri yang berjaya" - Hishammuddin
Jelas Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Guan Eng dialu-alukan untuk mengulangi kenyataannya itu yang dilihat sebagai tanda beliau dan anggota Kabinet yang lain sentiasa mendapat perhatian bekas Menteri Kewangan itu.
5. Kes Syed Saddiq: Pendakwaan selesai kemuka kes, hujahan 6 Okt ini
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini selesai mengemukakan kes.
6. MPN kecewa, cadangan diperakui tidak dilaksana sepenuhnya - Muhyiddin
Pengerusi MPN menzahirkan rasa kecewa kerana beberapa cadangan majlis itu demi kepentingan negara, terutamanya dalam soal pengurusan ekonomi, tidak dilaksanakan sepenuhnya.
7. Pengadu enggan lapor polis kerana anggap diri 'orang kecil', Ebit 'orang besar' - Saksi
Seorang pakar motivasi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pengadu awalnya enggan membuat laporan polis berikutan menganggap dirinya berstatus orang biasa.
8. Cubaan culik disah palsu, murid reka cerita kerana terpengaruh video tular - Polis
Polis mengesahkan dakwaan kejadian cubaan culik seorang murid sekolah rendah berusia sembilan tahun di Taman Pinji Mewah, di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, adalah palsu.
9. Kabinet setuju kaji semula Bandar Malaysia, UAE dipelawa sertai projek - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengemukakan cadangan tersebut kepada Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dalam pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin di Abu Dhabi pada Isnin.
10. Tidak pelik Bersatu memusuhi UMNO kerana kerusi UMNO pun mereka curi - Nazri
Bukan sesuatu yang pelik jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memusuhi UMNO kerana parti itu tidak dapat menandingi kekuatan yang ada pada UMNO, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #berita dalam negara
;