Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 25, 2022 23:59 MYT
September 25, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 September 2022.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengeluarkan notis kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi urusan pemantauan ladang penternakan babi yang dikatakan menjadi punca pencemaran di Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membelanjakan lebih RM1.2 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar (JALB) seluruh negara dalam usaha menyediakan sistem perhubungan luar bandar ke bandar lebih sempurna, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Malaysia hanya akan bertindak berhubung tragedi MH17 selepas Mahkamah Belanda memutuskan nasib empat suspek pada 17 November depan.
Khabar angin menggemparkan itu muncul kira-kira seminggu selepas dua bekas menteri dihukum atas kesalahan rasuah - disifatkan keputusan paling kontroversi dalam sejarah negara itu.
Enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di tiga daerah di Johor selepas daerah itu dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Lapan bekas pekerja sebuah stesen minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini atas 45 pertuduhan menyalahgunakan kad inden petrol milik Polis Diraja Malaysia.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya sedia berhadapan dengan mana-mana parti selagi belum ada kerjasama dibentuk pada PRU15 nanti.
Presiden PKR itu menganggap kenyataan itu sengaja dibuat untuk mempertahankan penyandang kerusi tersebut, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata ini kerana gaji minimum RM1,208 ketika ini disifatkan sebagai tidak lagi relevan dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat.
Seorang mahasiswa rakyat Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir sudah dibebaskan pada Sabtu.