Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 14, 2022 23:59 MYT
September 14, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Malaysia tidak mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi memandangkan struktur kepelbagaian ekonominya yang kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Segmen hartanah tidak terjual siap dibina atau lebih dikenali sebagai 'overhang' memperlihatkan lebih 34,000 unit kediaman bernilai RM21.7 bilion direkodkan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Gula-gula yang menyenaraikan 'pork gelatin' sebagai antara bahan ramuannya didakwa dijual secara terbuka di sebuah platform beli-belah dalam talian.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada Isnin.
“Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seceria seperti sebelum ini,” kata peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.
Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 2.15 petang tadi.
Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan membawa bekalan ubatnya sendiri yang diperoleh daripada hospital swasta ketika berada di dalam penjara.
Keputusan sama ada UMNO dan Pas akan mengadakan rundingan termasuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memukul dan mencederakan bekas suaminya dengan menoreh belakang badan mangsa dengan pisau, tahun lalu.
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.