Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 13, 2022 23:59 MYT
September 13, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Inisiatif Malaysia Digital (MD) berjaya meraih nilai Pelaburan Langsung Asing (FDI) Digital sebanyak RM42 bilion dalam tempoh dua bulan sejak ia dilancarkan pada Julai lalu.
Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, kata peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) yang sepatutnya diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2020 masih dalam pembinaan, demikian menurut Maritim Malaysia hari ini.
Kolaborasi rentas Kementerian dan agensi perlu digandakan lagi seiring usaha merangsang ekosistem teknologi dan inovasi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) menukar ubat darah tinggi yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini.
Hasil bedah siasat ke atas mayat juruterbang yang terlibat dalam nahas helikopter di Bidor pada Ahad mendapati punca kematiannya adalah akibat daripada kecederaan di kepala.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan pertemuan dengan lima pemimpin tertinggi (‘Top 5’) UMNO bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Sultanah Kelantan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah hari ini, berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu.
Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun berlaku penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.