Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 11, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 September 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 September 2022.
1. Zuraida dedah tiga ahli Parlimen, dua ADUN akan sertai PBM
Lima wakil rakyat berkenaan akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN yang akan ditandingi parti itu pada PRU15.
2. Hanya jumpa kepala mangsa dibaham buaya
Mangsa dikenali sebagai Abdul berusia 40-an ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di mana hanya kepala mangsa sahaja yang terapung di sungai berkenaan.
3. KBS sokong RUU larang aktiviti merokok dalam kalangan generasi muda
KBS telah memperuntukkan RM100,000 untuk dibelanjakan ke arah penganjuran aktiviti memupuk dan meningkatkan kesedaran bahaya merokok.
4. Bekas Ketua Cawangan Pas meninggal dunia ketika tunai solat Maghrib
Mohd Radzi Ibrahim secara tiba-tiba rebah ketika rakaat pertama solat di masjid itu pada jam 7.20 malam.
5. Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
"Keselamatan bukan masalahnya, tetapi kos sekali makan sehingga RM50 seorang menyebabkan kami terpaksa berjimat cermat serta pada satu tahap mencatu tiga hidangan utama harian."
6. Helikopter swasta dikhuatiri hilang di hutan sekitar Bidor
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, helikopter jenis Eurocopter itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) kira-kira jam 12.16 tengah hari.
7. 'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan bapa mertuanya, yang juga Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini mengalami penyakit dementia.
8. Air pasang: Paras air laut dijangka 5.5 meter esok
Paras air laut tertinggi itu, antaranya dijangka di Stesen Pelabuhan Klang sekitar pukul 7.18 pagi susulan fenomena air pasang besar.
9. KKM cadang majikan beri cuti tambahan sehari untuk pekerja jalani saringan kesihatan
Kementerian Kesihatan mencadangkan agar majikan memberikan cuti tambahan sehari kepada pekerja untuk menjalani saringan kesihatan.
10. Kes amang seksual selebriti: Polis terima 2 lagi laporan mangsa remaja
Polis Negeri Sembilan mendedahkan menerima dua lagi laporan membabitkan selebriti yang juga penceramah bebas yang ditahan di Selangor berkaitan kes amang seksual terhadap remaja bawah umur.
#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #berita Malaysia
;