Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 8, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.
1. Syarikat Malaysia digesa cari keunikan sendiri tembusi pasaran halal
Syarikat Malaysia diminta mencari keunikan sendiri dalam menembusi pasaran halal yang belum diterokai.
2. Laluan baharu hubungkan Malaysia-Indonesia akan dibina di Melaka
Laluan baharu menghubungkan Malaysia dan Tanah Besar Sumatera, Indonesia melalui Masjid Tanah-Dumai melibatkan jarak kira-kira 120 kilometer (km) bakal dibangunkan dengan kerjasama syarikat swasta.
3. 'Terima kasih' Tun Abdul Razak cetus hubungan diplomatik Malaysia-China
Gemaan ucapan 'Terima Kasih' Tun Abdul Razak di Great Hall of The People Peking (kini dikenali Beijing) sempena lawatan penuh bersejarah beliau ke negara tembok besar itu masih segar dalam ingatan walaupun hampir lima dekad berlalu.
4. Rundingan 'gelap' Pas-UMNO, itu dianggap tidak rasmi - Ismail Sabri
Apa sahaja perbincangan mahupun rundingan di antara parti politik dan UMNO, perlu dilakukan secara terang-terangan dan bukannya 'dalam gelap'.
5. M Daud Kilau kritikal, alami sesak nafas
Artis veteran tanah air, Datuk M Daud Kilau dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami sesak nafas tengah malam Rabu.
6. Kes 1MDB: Wang RM60.6 juta masuk ke akaun peribadi Najib - Pegawai bank
Sejumlah RM60.6 juta telah dimasukkan ke akaun peribadi AmIslamic Bank milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi dua transaksi pada 2011.
7. Majikan wanita didakwa cederakan amah warga Indonesia guna kayu
Seorang majikan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini, atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia menggunakan sebatang kayu, bulan lepas.
8. Dera pembantu rumah: Dedah butiran pihak beri tekanan tutup kes - Duta Indonesia
Kedutaan Indonesia menggesa Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mendedahkan butiran individu yang memberi tekanan untuk menutup kes penderaan seorang pembantu rumah warga republik itu, baru-baru ini.
9. Dasar Ekonomi Baru: 'Penuntut Melayu tidak perlu serba salah' - Dr Mahathir
Orang Melayu tidak perlu rasa serba salah apabila ditanya mengenai ketidakadilan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap bukan Melayu kerana dasar itu hanya berjaya dalam bidang pelajaran.
10. Imam mengaku tidak bersalah rogol, lakukan seks luar tabii terhadap adik ipar
Seorang imam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 12 pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya yang kini berusia 14 tahun sejak lima tahun lalu.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #berita menarik hari ini
;