Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 2, 2022 23:59 MYT
September 2, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 September 2022.
Menurut Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak wajar hak yang sewajarnya dinikmati masyarakat luar bandar Sarawak tergadai oleh kerana isu seperti ini.
Muhammad Sanusi berkata ia terpulang kepada keputusan mesyuarat yang akan diadakan nanti.
Dalam dunia yang serba pantas masa kini, darah muda mahukan sesuatu yang efisyen dan tidak mahu terus bernostalgia dengan sentimen lama.
Seorang wanita Indonesia yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki demi mengubah nasib keluarga di kampung, akhirnya diperlakukan dengan kejam, dipercayai didera majikan.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.
Seorang pegawai penyiasat bersetuju di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Datuk Seri Najib Razak, berhak untuk diberi taklimat mengenai sebarang cadangan atau pembetulan serta keadaan kewangan sebenar syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah supaya masjid tidak dijadikan sebagai tempat untuk mencerca sesama umat, bertelingkah dan gelanggang politik.
Dewan Ulama Pas sebulat suara menerima usul penyatuan ummah dan menolak sebarang kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) iaitu Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) telah mendapat persetujuan daripada ahli Lembaga Pengarah mereka dan bersedia menandatangani perjanjian untuk melanggan saham Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan 5G di Malaysia.