Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 31, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Ogos 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Ogos 2022.
1. Hari Kebangsaan 2022: Keluarga Malaysia serlah semangat teguh bersama
Keharmonian Keluarga Malaysia dan keterujaan jelas terpancar di wajah ribuan individu pelbagai lapisan umur, bangsa dan latar belakang yang membanjiri Dataran Merdeka, bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2022.
2. Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka disambut meriah
Sambutan Hari Kebangsaan 2022 berlangsung meriah di Dataran Merdeka pada Rabu dengan kehadiran kira-kira 50,000 pengunjung.
3. Dr Mahathir positif COVID-19, dirawat di IJN
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan positif jangkitan COVID-19 pagi ini.
4. Hari Kebangsaan 2022: Surat PM Pertama Turkiye kepada Tunku Abdul Rahman dikongsi
'Hadiah' tersebut, yang kini disimpan di Arkib Negara Turkiye dimuat naik oleh Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel di laman Twitternya hari ini.
5. Azalina sahkan masih penasihat khas PM
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan masih berkhidmat sebagai Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.
6. Skandal LCS: Rafizi akan dipanggil berhubung hantaran kaitkan Abdul Latiff - Polis
Timbalan Presiden PKR itu sebelum ini mengaitkan Abdul Latiff dengan skandal perolehan projek kapal tempur pesisir (LCS).
7. Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan
Ia berikutan kerajaan telah menerima laporan penuh berkenaan daripada jawatankuasa yang memulakan proses siasatan sejak 21 Dis tahun lepas itu, semalam.
8. Keputusan kes rasuah Rosmah 'bersalah atau dibebaskan' diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dijadual mengumumkan keputusannya pada 9 pagi di mahkamah terbuka.
9. Jho Low bersembunyi di taman tema Disneyland Shanghai?
Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa bersembunyi di Disneyland Shanghai,China.
10. Tambang percuma kepada OKU selama sebulan sehingga 30 Sept - Wee
Operator perkhidmatan rel dan bas utama negara, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan rel dan bas selama sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) mulai hari ini sehingga 30 Sept ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #berita menarik hari ini
;