Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 26, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Ogos 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Ogos 2022.
1. Keputusan rayuan Abdul Azeez ditangguh ke 5 Sept
Mahkamah diberitahu bekas Pengerusi Tabung Haji itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 3 pagi tadi akibat 'acute gastroenteritis'.
2. Anak Mat Sabu kekal bebas kes dadah
Anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, kekal dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan penyalahgunaan dadah.
3. Adakah kakitangan kerajaan wajar mendapat kenaikan gaji?
Penjawat awam perlu beramal dengan prinsip ukur baju di badan sendiri dan tidak berbelanja berlebihan mengikut nafsu semata-mata
4. Belanjawan 2023 dibentang 7 Okt - Wan Junaidi
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
5. Kereta kebal rosak, laluan tengah Jalan Damansara terhalang
Trafik di Jalan Damansara pada pagi Jumaat sesak seketika apabila sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) rosak di laluan tersebut.
6. "Emak saya sedang kritikal" - Remy Ishak
Pelakon Remy Ishak memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris kini sedang kritikal di Hospital Besar Melaka.
7. Arul Kanda tidak tahu penglibatan Hakim Nazlan dalam pinjaman 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa beliau tidak mengetahui tentang penglibatan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam pinjaman RM4.17 bilion kepada dana kekayaan negara itu.
8. Taklimat Khas Presiden UMNO untuk terangkan keadaan, tenangkan ahli parti - Saarani
Taklimat Khas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu ini adalah bertujuan menerangkan keadaan yang berlaku dan menenangkan ahli-ahli parti.
9. Shahril nafi Biro Politik UMNO beri amaran kepada PM
Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menafikan laporan yang mengatakan Mesyuarat Biro Politik mendesak atau memberi amaran kepada Perdana Menteri.
10. TIdak wujud desakan pecat Ahli Parlimen Bera dari pimpinan parti - Mahdzir
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menafikan dakwaan bahawa wujud desakan dalaman untuk memecat Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada kepimpinan parti itu.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #berita dalam negara