Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 16, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Ogos 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Ogos 2022.
1. Isu LCS: Bekas Panglima TLDM didakwa tiga tuduhan pecah amanah jenayah
Ahmad Ramli mengaku tidak bersalah atas tiga-tiga pertuduhan, dan minta dibicarakan.
2. Permohonan enam parti sertai BN diperhalusi, Puteri BN ditubuh - Zambry
Permohonan enam buah parti untuk menjadi komponen Barisan Nasional (BN) sedang diperhalusi oleh pihak urusetia gabungan itu.
3. 16 pelajar cedera van sekolah terbabas dalam parit
Seramai 16 pelajar dan seorang pemandu van sekolah terselamat apabila van sekolah dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit.
4. Skandal LCS: Bagaimana subkon berusia 45 hari boleh buat tuntutan RM178 juta? - Rafizi
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mempersoalkan rasional di sebalik fakta sebuah subkontraktor yang baru ditubuhkan 45 hari boleh membuat tuntutan berjumlah RM178 juta daripada projek pertahanan utama negara.
5. Isu SRC: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib Razak untuk masukkan bukti baharu
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti baharu, berkaitan rayuan berhubung SRC International Sdn Bhd.
6. 'Menghendap secara maya' berulang kali juga satu jenayah dalam pindaan Akta 574
Bukan sahaja menghendap secara fizikal, malah perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga adalah satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).
7. Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
Cubaan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan perbicaraan berhubung rayuan akhir SRC International Sdn Bhd, sekali lagi menemui jalan buntu, apabila ia ditolak Mahkamah Persekutuan.
8. Skandal LCS: Hishammuddin tidak terlintas lari daripada mewarisi dosa orang lain
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak pernah terlintas di hatinya untuk lari daripada tanggungjawab menguruskan kontroversi kes perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
9. 'Lelaki Bendera' sudah tiada, meninggal dunia dalam bulan kemerdekaan
Watak patriotik Bandaraya Kuching itu telah menghembuskan nafasnya terakhir pada usia 65 tahun di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 2.30 petang, pada Selasa.
10. Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak
iak wajah Datuk Seri Najib Razak cukup menggambarkan betapa beliau kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, yang menolak permohonan untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan Syarikat SRC International Sdn Bhd.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Berita Harian
;