Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 14, 2022 23:59 MYT
Ogos 14, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Ogos 2022.
Pembangunan sistem pelaporan berpusat bagi tujuan merekod markah pentaksiran pelajar sekolah merupakan antara elemen transformasi pendidikan yang bakal diperkenalkan Kementerian Pendidikan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang See Chee How sah meninggalkan Parti Sarawak Bersatu berkuat kuasa Jumaat lalu menjadikan beliau satu-satunya ADUN bebas di Sarawak.
Bukan 10, bukan 15, bukan 18, tetapi sekurang-kurangnya 22 kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah mampu dimenangi Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.
Pemain industri pertanian perlu bersedia dan mengambil langkah-langkah menghentikan pengilangan, pengedaran, penjualan dan penggunaan racun makhluk perosak jenis carbofuran dan chlorpyrifos, susulan pengharamannya untuk sektor itu yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei tahun depan.
Serpihan roket berukuran dua inci lebar dan tiga inci panjang itu menembusi atap zink rumah berkenaan dan meninggalkan bekas berlubang.
Sebuah protes diadakan di hadapan pasar raya Sogo di ibu negara, oleh kumpulan yang dianggotai oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), dan juga beberapa ahli politik yang lain termasuk dari DAP.
Perdana Menteri berkata, kajian tersebut penting bagi mengetahui kekuatan parti gabungan tersebut khususnya melibatkan pengundi putih, sebelum mereka memasuki 'medan perang'.
Bermula Isnin, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal melalui proses rayuan terakhirnya berhubung sabitan terhadap kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Atlet-atlet yang bertanding dalam acara Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 dijanjikan ganjaran berjumlah RM20,000 sekiranya berjaya mencatatkan rekod kebangsaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata ia susulan kertas siasatan yang dibuka berkaitan perhimpunan berkenaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.