Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 7, 2022 23:59 MYT
Ogos 7, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Ogos 2022.
Sehubungan itu beliau akan mendedahkan skandal penyelewengan projek pembinaan enam kapal tempur (LCS) bernilai RM9 bilion yang diberikan secara rundingan terus itu.
Malaysia berpeluang melengkapkan emas ketiga apabila akan menentang England dalam Pusingan Akhir Dota 2 (Terbuka) hari ini.
Program ini akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, dengan fasa pertamanya di Bumi Kenyalang.
Seorang pendaki warga Perancis dilaporkan pengsan sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Jasar pagi tadi.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dijadual bersidang secepat mungkin.
Isterinya, Datin Seri Fazreena Abdul Karim dilaporkan bertugas di Muzium PDRM.
Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi telah diarahkan untuk mengesan pengikut dan seorang pemimpin dikenali bergelar habib yang terlibat dengan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menamakan dua projek baharu tersebut, adalah Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB).
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, dana yang diperuntukkan itu sepatutnya digunakan untuk pertahanan negara, dan bukan kepentingan peribadi.
Pengawal keselamatan yang parah dilibas pedang selepas dipercayai menegur seorang lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Tapak Pembinaan di Bukit Bayan, dekat sini meninggal dunia hari ini.