Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 5, 2022 23:37 MYT
Ogos 5, 2022 23:37 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Ogos 2022.
Bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar mengakui kecewa apabila segala teguran dan pendiriannya mengenai tatacara perolehan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada pimpinan tertinggi sebelum ini tidak diendahkan.
Risiko luar dijangka terus menghambat kelembapan ekonomi Malaysia tahun hadapan, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah berhubung dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke 22 Ogos berikutan dua peguamnya dijangkiti COVID-19.
Berkaitan dakwaan kegagalan menangkap bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah serta memulangkan anak perempuan yang diambil lelaki mualaf itu, 13 tahun lepas.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya perlu dikurangkan supaya permusuhan ganas antara dua kumpulan tersebut dapat dielakkan.
Proses berkenaan bermula akibat beberapa faktor termasuk akibat hujan lebat melampau dan diikuti pembentukan aliran puing, banjir puing dan banjir lumpur.
Wang terbabit diberikan kepada seorang ahli perniagaan yang didakwa rapat dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar siasatan tidak diteruskan.
Antara isu utama yang dibangkitkan adalah soal kadar upah penghantar makanan yang telah dikurangkan.
Selepas melakar nama sebagai atlet para negara pertama yang meraih pingat emas Sukan Komanwel, jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin kini memberi fokus sepenuhnya kepada usaha menambah koleksi emasnya pada Sukan Paralimpik 2024.