Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 3, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Ogos 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Ogos 2022.
1. Sukan Komanwel: Kejayaan rampas emas dari India untuk rakyat Malaysia - Thinaah
Pencapaian ini turut mengukuhkan status Malaysia sebagai negara paling berjaya dalam acara berpasukan campuran.
2. Dewan Rakyat: KPDNHEP akan wujudkan mekanisme kawal selia industri kecantikan
Langkah tersebut bagi menjamin keselamatan pengguna termasuk melibatkan tawaran-tawaran terhadap perkhidmatan kecantikan.
3. Dewan Rakyat: Kaum Melayu paling ramai bankrap dalam tempoh dua tahun lepas - Wan Junaidi
Seramai 17,599 individu diisytiharkan bankrap sejak 2020 hingga Mei lalu, dengan majoriti kes membabitkan kaum Melayu iaitu 10,266 kes.
4. 11 warga asing ditahan berhubung insiden bergaduh depan kilang
Polis menahan 11 lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan menggunakan senjata berhampiran sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3, di sini, pada 27 Julai lalu.
5. Sardin banjiri lebuh raya: Lori terbalik, trafik sesak lebih 3km di PLUS arah selatan
Sebuah lori membawa muatan tin sardin terbalik di Kilometer 265.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, dekat sini, pada petang Rabu, menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih tiga kilometer.
6. Mitigasi banjir Kuala Lumpur: PAC mula prosiding, panggil Shahidan dan DBKL
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Wilayah Persekutuan bagi memulakan prosiding berhubung pengurusan mitigasi banjir Kuala Lumpur bernilai RM329.33 juta.
7. 'Saya nak jumpa tuhan' - Bapa campak anak dari jejambat sempat beritahu isteri
Itu kata-kata terakhir seorang lelaki warga Myanmar kepada isterinya menerusi perbualan telefon sebelum bertindak mencampak tiga anaknya dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong, di sini pada Selasa.
8. Tun M jawab soalan Apandi isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Sulu dan kekayaan anaknya
Bulan lepas, bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali menerusi Facebooknya memuat naik empat soalan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan meminta beliau menjawabnya.
9. Pegawai SPRM tidak siasat sumber pendapatan Syed Saddiq sebelum menjadi menteri
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa beliau tidak menyiasat sumber pendapatan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum menjadi menteri, ketika mengendalikan kes pengubahan wang haram yang dihadapi Ahli Parlimen Muar itu.
10. Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang sah, berperlembagaan
Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Rabu memutuskan bahawa peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Berita Harian
;