ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Ogos 2022.

1. Nancy Pelosi tiba untuk lawatan rasmi di Malaysia

Pesawat khas yang membawa ahli politik Demokrat itu bersama lima delegasi mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 10.33 pagi.


2. Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta

Polis telah melengkapkan lima kertas siasatan berhubung insiden 380 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 8 Julai lalu.


3. Kertas siasatan kes rogol babitkan penceramah bebas diserah kepada pendakwa raya

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kertas siasatan itu dirujuk untuk penelitian sebelum menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.


4. Muhammad Azeem cipta rekod baharu 100m kebangsaan di Colombia

Atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memecahkan rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Stadium Olimpik Pascual Guerrero di Cali, Colombia, awal pagi tadi waktu Malaysia.


5. 2 beradik maut dicampak bapa dari atas Lebuh Raya MRR2 sebelum terjatuh

Lelaki yang berusia 38 tahun itu kemudiannya dipercayai terjatuh dari lokasi yang sama, iaitu dari ketinggian kira-kira 20 meter.


6. Hujan lebat cetus banjir kilat, ratusan kenderaan terkandas di Johor Bahru

Lebih 500 kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat di Johor Bahru hari ini.


7. Ismail Sabri, Pelosi nyata penghargaan hubungan dua hala Malaysia-AS, mahu pererat kerjasama

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghargai hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin dan akan terus bekerjasama dalam aspek keselamatan dan kemakmuran ekonomi.


8. Pesawat terhempas: Kematian jurulatih penerbangan berpunca cedera di tengkuk, dada

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam kenyataan ringkas berkata kecederaan itu adalah disebabkan kemalangan aviasi.


9. RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen

Perkara itu diputuskan dan diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen selepas dibahas seterusnya digulung oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.


10. PRU15 sebulan dua lagi, kata Saravanan

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh sebulan dua lagi.