Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 29, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Julai 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Julai 2022.
1. RUU Antilompat Parti: Sokongan Ahli Parlimen yang 'bersekongkol' itu lucu, tapi menyenangkan - Anwar Ibrahim
Keputusan majoriti dua pertiga terhadap RUU jelas memberikan kemenangan buat rakyat.
2. Bersih kubur JWW Birch: Tiada istilah tali barut, agungkan penjajah
Kerja-kerja pembersihan kubur lebih 100 tahun itu tidak sepatutnya dijadikan isu atau kontroversi.
3. Malaysia sedia bantu tangani inventori tinggi minyak sawit Indonesia
Satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan untuk membantu Indonesia - pengeluar minyak sawit terbesar dunia - dalam mengurangkan stoknya.
4. Agong titah agar kesucian agama sentiasa dipelihara, dihormati
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah agar kesucian semua agama untuk sentiasa dipelihara dan dihormati pada sebilang masa.
5. Bapa Azalina meninggal dunia
Datuk Othman Said, bapa kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya, pagi Jumaat.
6. Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut
Jepun mencatatkan 233,100 kes harian COVID-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.
7. Rogol berkumpulan: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Tiga lelaki, termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan melakukan rogol secara berkumpulan, terhadap seorang remaja perempuan bawah umur.
8. Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan kes SRC International
Prosiding rayuan akhir itu dijadualkan selama 10 hari bermula 15 Ogos depan.
9. Kes 1MDB: Bukit Aman siasat Apandi Ali
Siasatan ke atas Mohamed Apandi dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
10. RoS lulus pindaan Perlembagaan UMNO
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Berita Harian
;