Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 21, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Julai 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Julai 2022.
1. Hina Islam: Penghantar makanan didenda RM50,000
Padah membuat hantaran jelik menghina agama Islam di aplikasi YouTube, seorang penghantar makanan didenda RM50,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang.
2. Usul bahas isu tuntutan waris Kesultanan Sulu ditolak sekali lagi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini sekali lagi menolak usul membincang dan membahaskan isu tuntutan waris Kesultanan Sulu yang dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
3. Empat negara ASEAN akan terlibat dalam rondaan selat Melaka - Hishammuddin
Empat negara akan terlibat dalam Rondaan Maritim Selat Melaka (MSP), iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.
4. Bas ekspres dua tingkat bawa 25 penumpang terbalik
Seramai 25 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres dua tingkat berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di susur Jalan Damansara menuju Bangsar, di Kuala Lumpur, tengah malam tadi.
5. Didakwa bercakap lucah di Dewan Rakyat, Guan Eng cabar Tajuddin bersumpah
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencabar Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman untuk mengangkat sumpah jika benar Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak mengeluarkan kata-kata kesat di Dewan Rakyat pada Rabu.
6. SRC International: Mahkamah tolak permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib
Mahkamah Tinggi di sini, menolak permohonan Queen's Counsel (QC) atau Peguam Diraja daripada United Kingdom, Jonathan Laidlaw, untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
7. Pelancong Malaysia ke Thailand dilarang bawa pulang ganja
Rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand tidak dibenarkan mengambil atau membawa pulang dadah jenis ganja ke negara ini meskipun negara jiran itu membenarkan penggunaan bahan terlarang tersebut.
8. Kes Syed Saddiq: Orang awam diingatkan jangan keterlaluan buat kenyataan
Mahkamah bagaimanapun tidak boleh menghalang orang awam daripada membuat sebarang komen kerana mereka mempunyai hak bersuara yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
9. Najib harap dapat pengampunan tanpa perlu masuk penjara - Tun M
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak begitu cenderung untuk memasuki penjara, sebaliknya Ahli Parlimen Pekan itu berharap dapat diberikan Pengampunan tanpa menjalani hukuman itu, dakwa seterunya Tun Dr Mahathir Mohamad.
10. Kasihnya seorang ayah, sanggup berlari bantu anak saudara rebah ketika kawad
Tular di media sosial pada Khamis video dan gambar seorang bapa berlari mendapatkan anak saudaranya yang tumbang menahan terik matahari ketika dalam perbarisan.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Berita Harian
;