Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 19, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Julai 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Julai 2022.
1. Keselamatan negara: MKN perlu laksana 'Latih Amal Keselamatan Menyeluruh' dengan segera - PM
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini membolehkan tahap kesiapsiagaan dipertingkat, untuk Malaysia menghadapi sebarang potensi situasi krisis pada masa hadapan.
2. Serangan, penyebaran agenda 'New Malaysia' di media sosial membimbangkan - Cawangan Khas PDRM
Serangan pihak tidak bertanggungjawab dalam menyuntik agenda baharu iaitu "New Malaysia" yang mampu mencetuskan konflik terbuka antara kaum melalui penggunaan media sosial semakin membimbangkan,
3. Malaysia nafi langgar MoU, tiada persetujuan mansuh System Maid Online - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan berkata tiada sebarang persetujuan dibuat oleh Malaysia untuk memansuhkan sistem sedia ada, termasuk System Maid Online (SMO).
4. Jawi tahan Siti Nuramira, didakwa esok di Mahkamah Tinggi Syariah
Siti Nuramira Abdullah yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam, akan dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah esok.
5. Peruntukan pertahanan negara perlu dikaji semula - Panglima Tentera Laut
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata peruntukan untuk pertahanan Malaysia perlu dikaji semula agar ia sentiasa selaras dengan landskap keselamatan negara.
6. Tuntutan kumpulan Sulu: PM beri jaminan lindungi aset negara
Susulan isu tuntutan kumpulan Sulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan akan melindungi aset negara dengan menggunakan saluran perundangan sedia ada.
7. Kanak-kanak empat tahun maut terjatuh dari tingkat 35 kondominium
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Pandan Perdana di Ampang Jaya pada Isnin.
8. Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengakui memberi kelulusan kepada ECK Development Sdn Bhd untuk menguruskan kawasan Gunung Inas di Baling sebagai ladang durian musang king.
9. DUN Sabah: Usul naik gaji Ketua Menteri dan semua ADUN lulus, majoriti setuju
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.
10. Kebarangkalian Malaysia bankrap seperti Sri Lanka amat tipis - Tengku Zafrul
Kemungkinan untuk Malaysia bankrap seperti Sri Lanka adalah amat tipis, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #berita menarik
;