Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 18, 2022 15:59 MYT
Julai 18, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 Julai 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 Julai 2022.
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan, termasuk hospital dan Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), bagi setiap 100,000 penduduk, meningkat sebanyak sembilan peratus.
Dakwaan sesetengah pihak bahawa subsidi kerajaan untuk beberapa barangan keperluan asas telah ditarik balik adalah tidak benar sama sekali, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Konflik peperangan antara Rusia dan Ukraine telah menyebabkan penurunan jumlah eksport antara Malaysia dan kedua-dua negara tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis menegaskan beliau akan sekali lagi menghantar usul membahaskan tuntutan waris Kesultanan Sulu kepada Speaker Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor hari ini atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru 4 Julai lalu.
Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu membabitkan pengambilan pekerja asing dari negara itu dalam masa terdekat.
Peguam, R Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira Abdullah, 26, dan V Alexander Navin, 38, berkata, jumlah ikat jamin itu merupakan kutipan sumbangan orang ramai menerusi akaun bank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, 'Lawyers for Liberty' (LFL)..
DUN Kedah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu antara yang diputuskan oleh mesyuarat yang beliau pengerusikan di Parlimen hari ini.
Bekas pembaca berita sebuah stesyen televisyen, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.