ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 Julai 2022.


1. COVID-19: Kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan meningkat 9 peratus

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan, termasuk hospital dan Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), bagi setiap 100,000 penduduk, meningkat sebanyak sembilan peratus.



2. Dewan Rakyat: Subsidi meningkat ke RM77 bilion, tidak pernah ditarik balik - PM

Dakwaan sesetengah pihak bahawa subsidi kerajaan untuk beberapa barangan keperluan asas telah ditarik balik adalah tidak benar sama sekali, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


3. Dewan Rakyat: Konflik Rusia-Ukraine beri impak minimal kepada ekonomi negara - Saifuddin

Konflik peperangan antara Rusia dan Ukraine telah menyebabkan penurunan jumlah eksport antara Malaysia dan kedua-dua negara tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


4. Tuntutan waris Sultan Sulu: 'Sabah ini macam 'disewakan' sahaja' - Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis menegaskan beliau akan sekali lagi menghantar usul membahaskan tuntutan waris Kesultanan Sulu kepada Speaker Dewan Rakyat dalam masa terdekat.


5. Pencuci kapal didakwa bunuh isteri dan bayi dua bulan

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor hari ini atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru 4 Julai lalu.


6. Isu pekerja asing: Malaysia akan bincang dengan Indonesia secepat mungkin - Hamzah

Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu membabitkan pengambilan pekerja asing dari negara itu dalam masa terdekat.


7. Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam

Peguam, R Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira Abdullah, 26, dan V Alexander Navin, 38, berkata, jumlah ikat jamin itu merupakan kutipan sumbangan orang ramai menerusi akaun bank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, 'Lawyers for Liberty' (LFL)..


8. DUN Kedah lulus naik had umur perkahwinan perempuan kepada 18 tahun

DUN Kedah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.


9. Pengilang diminta turunkan harga minyak botol 5 kg sekurang-kurangnya 10 peratus - Annuar

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu antara yang diputuskan oleh mesyuarat yang beliau pengerusikan di Parlimen hari ini.


10. Bekas pembaca berita, Zalina Azman dilapor hilang

Bekas pembaca berita sebuah stesyen televisyen, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.