ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Julai 2022.

1. Empat beranak maut kemalangan: Pemandu treler direman tiga hari

Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan tujuh kenderaan sehingga mengorbankan empat beranak, di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini semalam, direman tiga hari, sehingga Sabtu.

2. Caj bilik dalam USD: MOTAC sokong, namun banyak pertimbangan perlu dibuat

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak menolak kemungkinan idea menyelaraskan kadar bilik hotel dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (USD) memberi kesan positif kepada sektor pelancongan.

3. Warga emas didakwa bunuh abang, kakak ipar

Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya, minggu lalu.

4.  Isu pekerja asing: "Mengapa Malaysia tidak hormati MoU?" - Duta Besar Indonesia

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono mempersoal tindakan kerajaan Malaysia yang tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani kedua-dua negara berkenaan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) pada April lalu.

5. Peruntukan hampir RM65 juta bantu peneroka, generasi baharu Felda - Ismail Sabri 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah hampir RM65 juta bagi pelaksanaan lima inisiatif untuk membantu peneroka Felda dan generasi baharu tanah rancangan itu dalam pelbagai aspek termasuk perumahan.

6. Pasangan kekasih dituduh tetak mati pemuda di kawasan perkuburan

Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemuda di Kampung Gondang, Ketereh, Mei lalu.

7. Najib dan Zahid langgar perjanjian - Nazri

Dua pemimpin UMNO yang berdepan kes mahkamah itu dikatakan telah melanggar perjanjian yang dibuat pada 2009.

8. Polis akan rakam keterangan Tok Mat

Berhubung satu kenyataan dibuat beliau yang didakwa menyinggung penganut agama Hindu.

9.  Pesawat dipercayai bawa Presiden Sri Lanka, jadi kapal terbang paling dijejaki di seluruh dunia

Rekod itu menunjukkan ‘minat’ global terhadap perkembangan yang berlaku di negara pulau berkenaan yang dihimpit masalah ekonomi dan politik.

10. Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse ditahan polis

Polis menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita didakwa menghina agama dalam satu persembahan komedi yang tular baru-baru ini.