Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 10, 2022 23:59 MYT
Julai 10, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 Julai 2022.
Polis memohon orang ramai yang menyaksikan nahas melibatkan kenderaan pacuan empat roda (4x4) dengan sebuah kereta di Kilometer 17, Jalan Keramat Pulai pada Khamis, tampil untuk membantu siasatan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung segera operasi sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), ibu negara selepas tular satu video klip dipercayai menghina agama Islam.
Kedatangan Aidiladha hari ini yang sepatutnya diraikan penuh kegembiraan, disambut dengan rasa pilu oleh Abd Rahman Said, 71, kerana masih terkenangkan tiga ahli keluarganya yang terkorban dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini pada Isnin lepas.
Lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji.
Seorang wanita yang dipercayai menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, sudah ditahan polis.
Rakyat Malaysia mula terbuka untuk menerima pelarian berikutan pandemik COVID-19 yang kini menunjukkan perkembangan positif.
Rakaman video memaparkan seorang wanita berdiri di hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menahannya daripada bergerak di Linkedua mengubungkan Malaysia dan Singapura, menjadi tular hari ini.
Syor Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan untuk mewujudkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang baharu sepatutnya tidak perlu dibangkitkan sama sekali.
Ketika sebilangan besar generasi sebayanya sudah terlebih dahulu dijemput kembali ke pangkuan Yang Maha Esa, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang menikmati kehidupan di muka bumi.
Dua anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) meninggal dunia selepas dihempap pokok ketika menjalani operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum, Gerik, pada Ahad.