Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 20, 2022 23:59 MYT
Jun 20, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Jun 2022.
Sekurang-kurangnya 55 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disasarkan melanjutkan pengajian dalam program TVET menjelang 2025.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dirombak secara besar-besaran bagi memulihkan keyakinan dan memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan berada dalam keadaan kritikal selepas pihak hospital menemui dadah dalam badannya di Hospital Kuala Krai, semalam.
Seorang pelakon lelaki tempatan yang ditahan selepas dipercayai memukul pengawal keselamatan di sebuah kondomoniun di Sentul di sini, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya berurusan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai operasi dan hal ehwal syarikat itu.
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafiz Ramli mengumumkan akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu mulai 1 Julai ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dua lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di masjid didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja di Jalan Merbau, di sini, Julai tahun lalu.
Polis Kelantan akan mendapatkan maklumat terperinci dari pihak polis Thailand dan juga Interpol bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat ahli keluarga pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare (Dnars) Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Pattani, Thailand pada 2019.
Eksekutif tertinggi Ocean Infinity, sebuah syarikat robotik marin, dalam pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong di sini menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang malang berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran".
hli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan Datuk Zuraida Kamaruddin yang berhijrah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).