ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Jun 2022.

1. [LANGSUNG] Perjalanan Akhir Adibah Noor

Jenazah penyanyi dan pelakon versatil Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar, 51, selamat dikebumikan pada jam 11.31 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai hari ini.


2. Anwar Ibrahim desak SPRM siasat penuh UKSB dan Bestinet

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak siasatan penuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan Bestinet berhubung urusan mencurigakan bagi memperoleh kontrak daripada kerajaan. 


3. Mustahil saya, Azmin keluar Bersatu - Mohd Rashid

Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan akan meninggalkan Bersatu.


4. Perkhidmatan Shuttle Tebrau ke Woodlands mula operasi, hampir 70,000 tiket terjual

Perkhidmatan tren Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru (JB) Sentral ke Stesen Woodlands, Singapura mula beroperasi hari ini, setelah dua tahun dihentikan berikutan pandemik COVID-19.


5. Percubaan keluarkan mana-mana negeri dari Malaysia merupakan jenayah - Tun Mahathir

Malaysia merupakan negara yang mempunyai undang-undang, sekiranya wujud usaha untuk mengeluarkan mana-mana negeri dari negara ini.


6. PM tidak tolak kemungkinan PRU15 lebih awal

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan lebih awal sebelum tempoh berakhir pada Julai tahun hadapan.


7. Jagdeep Singh patah pergelangan kaki selepas diserang warga asing

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo cedera dipercayai akibat diserang dalam kejadian Jumaat lepas.


8. Menjelang pertemuan dengan PM, Zuraida harap jawatannya sebagai menteri dikekalkan

Datuk Zuraida Kamaruddin berharap pertemuannya dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada minggu hadapan akan memberi perkhabaran baik buatnya.


9. Siasatan terhadap hakim tak perlu diheboh agar institusi kehakiman sentiasa dihormati - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan yang dijalankan terhadap mana-mana hakim tidak perlu dihebohkan dalam media bagi menjamin dan menjaga institusi kehakiman supaya ia sentiasa dihormati.


10. Malaysia kembali rekod sifar kematian akibat COVID-19

Selepas lebih 18 bulan, Malaysia akhirnya kembali merekodkan sifar kes kematian akibat COVID-19 pada Ahad.