Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 8, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Mei 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Mei 2022.
1. Ismail Sabri rai tetamu, pengunjung Rumah Terbuka
Majlis rumah terbuka itu berkonsepkan suasana kampung selain dihidangkan juadah tradisi ala desa.
2. Polis siasat video tular anggota trafik didakwa iring kenderaan anak MP
Polis juga telah membuka satu kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota polis negeri itu susulan video yang tular di media sosial sejak semalam.
3. Suspek tampar, buli remaja OKU direman tiga hari
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes remaja orang kurang upaya (OKU) ditampar dan dibuli di Taman Tasik Taiping, seperti yang tular di media sosial.
4. Terima kembali mereka yang tinggalkan UMNO - Md Alwi
Buangkan rasa benci dan dendam, tanamkan sikap terbuka dan terima kembali mereka yang meninggalkan UMNO, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad,
5. Remaja OKU ditemukan maut dalam kebakaran di pangsapuri
Mangsa yang berusia 18 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap dan melecur pada bahagian belakang badan di dalam bilik tidur rumahnya.
6. Pemotong rumput maut: Pelajar sekolah pandu MPV dibebas dengan jaminan polis
Mengikut keterangan pelajar terbabit, dia mengambil kunci kenderaan dan memandu tanpa pengetahuan bapanya.
7. Menempuh cabaran! Tiga jejaka Indonesia ini nekad mahu ke Mekah dengan berbasikal
Tiga sahabat itu telah tiba di Kuala Lumpur pada Jumaat (6 Mei lalu) dan sempat bertemu dengan Duta Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Hermono.
8. Dakwaan Sulaiman dipaksa tandatangan surat letak jawatan Ketua Menteri Melaka tidak berasas
Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga tamat penggal.
9. Sukan SEA Vietnam: Dhabitah tuai emas pertama Malaysia
Terjunan emasnya gagal disaingi oleh penerjun lain apabila Dhabitah menyempurnakan kesemua tujuh terjunan dengan kemas untuk mengumpul mata keseluruhan 290.45.
10. KKM siasat dakwaan wujud kempen saringan darah palsu perdaya warga emas - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan wujud kempen saringan darah palsu bermotifkan penjualan produk kesihatan tambahan yang menyasarkan golongan warga emas.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI #Berita Harian
;