ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 April 2022.

1. Penyelam warga Britain, Perancis yang hilang di Mersing ditemukan selamat

Dua daripada tiga penyelam warga asing yang hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu lepas ditemukan selamat di selatan Pengerang.

2. 1MDB: Sabitan Roger Ng kemenangan buat rakyat Malaysia - Peguam AS

Keputusan ini membawa mesej yang jelas kepada semua penjenayah kewangan di luar sana bahawa hukuman penjara yang panjang bakal menanti.

3. 'Lagi kes rasuah berskala besar didedah, Malaysia semakin rosak' - Anwar Ibrahim

Anwar berkata, ia ternyata satu tragedi yang menimpa negara, tatkala rompakan oleh pemimpin dan golongan elit mencecah puluhan bilion tanpa titik noktah.

4. KPM diarah terajui Hala Tuju STEM - Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memandang serius jumlah pelajar dalam bidang tersebut yang kini adalah pada kadar 47 peratus dan sains tulen sebanyak 19 peratus.

5. Jakim tidak boleh keluarkan kenyataan keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI - Sultan Selangor

ini kerana keputusan-keputusan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja.

6. Hanya satu juta umat Islam di bawah 65 tahun dibenar tunai haji tahun ini - MoHU Arab Saudi

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji tahun ini 1443Hijrah / 2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.

7. Pemandu maut, dua penumpang cedera kemalangan dengan lori

Seorang pemandu maut manakala dua lagi penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, tengah hari tadi.

8. Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selangkah julang kejuaraan Badminton Terbuka Korea

Kian Meng-Pei Jing yang kali terakhir menjejakkan kaki ke pentas akhir saingan jelajah dunia Terbuka Singapura 2019 hanya mengambil masa 46 minit bagi menundukkan beregu pilihan keenam itu dengan keputusan straight set 21-13, 22-20 di Stadium Palma, Suncheon.

9. Penyelam hilang di Mersing: Bapa sahkan Nathen meninggal dunia - Maritim Johor

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Adrian memaklumkan anaknya meninggal dunia kerana terlalu lemah dan tidak dapat bertahan.

10. 16 warga Malaysia diperdaya dengan peluang pekerjaan di Kemboja diselamatkan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 16 warga Malaysia di Wilayah Preah Sihanouk, Kemboja yang telah diperdaya dengan iklan peluang pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan di negara itu dengan tawaran gaji lumayan.