Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 6, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 April 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 April 2022.
1. Isu harga ayam: KPDNHEP ambil tindakan tegas termasuk batal lesen
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan keras termasuk membatalkan lesen pihak yang sewenang-wenangnya menjual daging ayam segar melebihi harga siling yang ditetapkan.
2. Isu pengisian RON95 oleh kenderaan asing: KPDNHEP akan umum peraturan baharu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan peraturan baharu bagi menghalang kegiatan pengisian minyak petrol RON95 oleh kenderaan yang didaftarkan di luar negara, dalam beberapa hari lagi.
3. Fasa peralihan endemik: SOP baharu rumah ibadat bukan Islam di Sabah berkuat kuasa Sabtu
Kerajaan Sabah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan terkini bagi rumah ibadat bukan Islam berkuat kuasa Sabtu ini (9 April), selaras dengan negara memasuki fasa peralihan ke endemik.
4. Penstrukturan tol: Inisiatif kerajaan sejak 2002, bukan dasar PH - Fadillah
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan dakwaan bahawa langkah berhubung penstrukturan tol merupakan dasar yang diperkenalkan Pakatan Harapan.
5. 4 warga Eropah hilang ketika menyelam di Mersing
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat melalui Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada jam 2.35 petang berhubung kejadian itu.
6. Buruh maut ditikam, suspek ditahan di Pulau Pinang
Seorang buruh warga Rohingya ditemukan maut dengan kesan tikaman di perut dipercayai dibunuh rakan serumahnya di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok
7. Polis tahan lelaki bantu siasatan video tular sekumpulan lelaki pukul kontraktor elektrik
Polis Daerah Seberang Perai Selatan menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden mengasari seorang lelaki dalam dalam kejadian di sebuah rumah di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
8. Ganja untuk perubatan: 'Great work YB!' - Syed Saddiq hantar surat kepada Khairy
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyambut baik kenyataan Khairy Jamaluddin yang mengalu-alukan kerjasama industri atau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.
9. Pengurusan 1MDB jemput Jho Low hadiri mesyuarat sulit pada 2009 - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dijemput oleh pihak pengurusan 1MDB untuk menghadiri mesyuarat lembaga pengarah khas syarikat yang diadakan pada 26 September 2009.
10. Siti Nurhaliza dalam 'Top 30' dunia penyanyi paling banyak terima anugerah
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membanggakan Malaysia apabila tersenarai sebagai salah seorang penyanyi atau pemuzik yang paling banyak menerima trofi anugerah sepanjang zaman.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Berita Harian
;