ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Mac 2022.
1. Malaysia pada landasan tepat pulih ekonomi, perkuat hubungan negara luar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul bagi memulihkan semula ekonomi negara, serta hubungan dengan negara luar yang selama ini ‘agak jauh’ akibat penularan COVID-19.
2. Tiada caj jalan kenderaan motor pendaftaran Singapura selama seminggu - MB Johor
Kerajaan hari ini bersetuju mengecualikan caj jalan RM20 bagi kenderaan motor pendaftaran Singapura selama seminggu mulai 1 April.
3. Kes meningkat 160%, KKM syor kanak-kanak segera divaksin sebelum 1 April
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan supaya kanak-kanak yang belum divaksinasi segera mendapatkan vaksin susulan peningkatan 160% kes COVID-19 melibatkan golongan itu yang dimasukkan ke hospital.
4. Permohonan pengeluaran khas RM10,000 KWSP melalui portal khas bermula 1 April 2022
pengeluaran itu akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun, bermula 1 April 2022 dan tempoh permohonan berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.
5. "Ini adalah satu keajaiban, saya tidak menyangka untuk hidup" - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pakar-pakar perubatan Institut Jantung Negara (IJN) dan pakar perubatan jemputan atas kepakaran serta kebolehan mereka merawat beliau ketika menjalani rawatan di pusat rawatan jantung itu Januari lepas.
6. MySejahtera: Siasatan komprehensif oleh Parlimen perlu digerak - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Parlimen menjalankan siasatan yang komprehensif bagi mengenal pasti segala isu yang membabitkan aplikasi MySejahtera.
7. Khairy akan perjelas isu MySJ di Dewan Negara Khamis ini
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan menjelaskan secara terperinci berkenaan persoalan dibangkitkan beberapa pihak mengenai pelantikan MySJ Sdn Bhd sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera, di Dewan Negara, Khamis ini.
8. 1MDB peroleh injunksi sementara terhadap Jho Low, bapa berkenaan aset bernilai AS$1.4 bilion
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sebuah anak syarikatnya memperoleh injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho atau "Jho Low" daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya di Malaysia bernilai sehingga AS$1.03 bilion.
9. Guru KAFA Selangor enggan vaksin berdepan risiko ditamat perkhidmatan - MB
Sebanyak 57 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang masih enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19 walaupun telah digantung tugas berdepan risiko ditamatkan perkhidmatan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
10. 144 kawasan di Gombak, KL alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching di Kuala Lumpur.
Astro Awani
Tue Mar 29 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Mac 2022.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Disember 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Disember 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Ogos 2022.