Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 17, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Mac 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Mac 2022.
1. Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau Wilayah Persekutuan bermula 1 April
Mulai 1 April ini, tiada lagi penjarakan fizikal untuk solat berjemaah di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dan jemaah boleh merapatkan saf..
2. Dewan kecoh, Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan hilang ketika sesi jawab soalan hutang 1MDB
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad pula yang menjawab bagi pihak Kementerian Kewangan (MoF).
3. Gaji minimum "mungkin sebulan, dua lagi" - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menyatakan kerajaan akan melaksanakan gaji minimum pada kadar baharu dalam satu atau dua bulan lagi.
4. Tengku Zafrul tidak letak jawatan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan laporan beliau sudah meletakkan jawatan selepas tidak menghadiri sesi Dewan Rakyat di ibu negara, pada Khamis.
5. Semak latar belakang, kesahihan kelayakan akademik calon Exco Johor dengan teliti - Sultan Ibrahim
Calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang bakal dilantik perlu membuat pengisytiharan harta, selain melalui semakan latar belakang yang menyeluruh dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
6. "Mungkin Rafizi patut terus tanding jawatan Presiden PKR" - Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli terus mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan Presiden PKR.
7. PAU2021: Ismail Sabri perlu diangkat sebagai 'poster boy' BN untuk PRU15 - Ketua Puteri UMNO Bera
Ketua Puteri UMNO Bera, Salmiah Ab Rahman mencadangkan Barisan Nasional (BN) mengangkat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang.
8. PAU2021: UMNO tidak gila kuasa - Asyraf Wajdi
“Kalau kita gila kuasa, sudah tentu kita isytiharkan darurat. Kalau kita gila kuasa, sudah tentu kita gantung Parlimen."
9. Kes BID di Kedah membimbangkan
Jumlah kes kematian di luar fasiliti hospital (BID) di Kedah membimbangkan dengan 65 kes direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 12 Mac lepas.
10. Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
#berita pilihan #Berita AWANI #berita Malaysia #berita tempatan pilihan
;