Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 10, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Mac 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Mac 2022.
1. Kerajaan tidak iktiraf tuntutan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu
Tuntutan Waris Kesultanan Sulu yang meminta Kerajaan Malaysia membayar RM62.59 bilion kepada mereka adalah terbatal.
2. Rakyat bayar RM2.05 sedangkan kos sebenar cecah RM3.70 pada Mac
Kerajaan terpaksa menampung perbezaan sebanyak RM1.65 bagi setiap liter.
3. Kerajaan teliti keperluan kaji semula harga siling kit ujian kendiri COVID-19
Kerajaan sedang meneliti keperluan mengkaji semula harga siling untuk Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (Kit Ujian Kendiri) di pasaran.
4. "Sakit kali ni teruk daripada yang pertama.." - Nabila Huda positif COVID-19
Aktres hebat Nabila Huda disahkan positif COVID-19 buat kali kedua melalui ujian kendiri.
5. "Singapura masih belum bersedia" - Khairy jawab dakwaan buka sempadan lewat
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyelar dakwaan kononnya kerajaan sengaja melewatkan pembukaan sempadan negara bagi menghalang kemasukan pengundi luar khususnya mereka yang bekerja di Singapura.
6. Harimau Malaya: Pemain JDT dominasi senarai Kim Pan-gon ke kem latihan pusat
Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon menamakan skuad Malaysia pertamanya sebagai persiapan ke kelayakan Piala Asia, Jun depan.
7. Malaysia, Indonesia dijadual meterai MoU pekerja asing pada 17 Mac - Saravanan
Malaysia dan Indonesia akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) kemasukan Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) membabitkan pembantu rumah pada 17 Mac ini.
8. JAKIM diletakkan bawah Majlis Raja-Raja Melayu - Laporan
Laporan itu yang memetik sumber menyatakan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilantik oleh Persidangan Raja-Raja sebagai pengerusi Majlis Agama Nasional.
9. Tanah runtuh: 15 buah rumah alami kerosakan, 3 mangsa dikhuatiri tertimbus
Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan dan tiga mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai Ampang petang tadi.
10. Tanah runtuh Bukit Permai: Mayat wanita warga emas dibawa keluar
Polis mengesahkan seorang wanita warga emas merupakan mangsa korban pertama insiden tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai pada Khamis.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #berita dalam negara #Berita AWANI #Berita Harian