Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 3, 2022 23:26 MYT
Februari 3, 2022 23:26 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Februari 2022.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui tidak ambil mudah dengan pertambahan bilangan pengundi baharu, termasuk pengundi muda menerusi Undi18.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023.
Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) akan terus memberikan maklumat berkaitan keberkesanan dan keselamatan penggunaan vaksin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah hari ini berkenan berkongsi gambar dua cucunda Seri Paduka Berdua yang selamat diputerakan baru-baru ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun untuk menerima suntikan vaksin menerusi tempahan di aplikasi MySejahtera.
Kertas siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew berkaitan kes gangguan seksual kini di peringkat akhir.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Lokman Noor Adam dan Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berhubung isu vaksin COVID-19 yang dimuat naik di media sosial mereka.
Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kemelut membabitkan parti Pas dan UMNO ketika ini adalah isu membabitkan kasih sayang dan sukar untuk diselesaikan.
Itu amaran tegas Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap sindiket perjudian dalam talian yang didakwa mengguna nama pucuk pimpinan institusi itu sebagai jaminan kononnya premis mereka kebal dari tindakan serbuan polis.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 26 dan 28 Januari lepas bersetuju meluluskan pelantikan semula secara kontrak 1,243 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, melibatkan graduan Institut Latihan KKM yang tamat kontrak pada 2 Februari.